Transformasi Dalam Menjana Minda

Sunday, February 17, 2013

PELAKSANAAN HAJI TAMATUK

Cikgu nak berkongsi akan ibadah haji, iaitu Rukun Islam kelima. Berikut adalah pelaksanaan haji mengikut kaedah cara haji tamatuk. Moga kita bertambah ketakwaan agar suatu hari nanti kita akan ke sanan untuk menunaikan ibadat haji.



Saturday, January 14, 2012

LATIHAN SILAT 2 : SILAT OLAHRAGA 5


Tarikh
14 Januari 2012
Hari
Sabtu
Masa
3.00 – 5.00 petang
Tempat
Balai Bacaan SMK Semerah
Kehadiran Ahli
1.    Nurul Fara bt Siman
2.    Muhammad Hazwan bin Nordin
3.    Mohamad Syamsul bin Roslee
4.    Luqman Fahmy bin Jami’an
5.    Muhamad Noor Ariff bin Ismat
6.    Muhammad Nizamuddin bin Hamdan
7.    Muhammad Aidil Fikri bin Sulaiman
Kehadiran Jurulatih/Pembimbing/Fasilitator
1.    En Zaini bin Chorong
2.    En Norakhmirul bin Khadri
3.    En Nik Zakarin Abdullah bin Nik Zabdi
4.    Zaipol Azri bin Zulkffli
Kehadiran Guru Penasihat
1.    En Hashim bin A. Ghani
Pembelajaran Dalam Latihan :
1.           Silat Olahraga : Tepis, Tumbukan, Layang
2.           Kelenturan : Push up, gulingan
1.    Sesi Buka Gelanggang
2.    Warming-up
3.    Larian
4.    Kelenturan
5.    Silat olahraga
Sesi latihan petang ini, latihan dikelolakan oleh para jurulatih dan dibimbing oleh Guru Zaini bin Chorong. Kedatangan beliau amat dinantikan. Seramai 7 orang ahli hadir. Mana yang lain ye? Nabilah mengamali kecederaan kerana terjatuh semasa latihan merentas desa…dia stabil tetapi memerlukan rehat. Walaupun tidak ramai hadir, namun para pesilat gembira dengan latihan pada hari ini.
Jamuan disediakan pada sesi latihan hari ini. Oklah jumpa pada latihan akan datang.

Wednesday, January 11, 2012

KESERONOKAN BEKERJA

Elemen paling penting dalam bekerja ialah keseronokan bekerja. Kalau seronok kita akan senang bekerja dengan sesiapa pun. Ikutilah apa kata Dr Fadzilah Kamsah mengenai Keseronokan Bekerja

Saturday, January 7, 2012

LATIHAN SILAT 1 : SILAT OLAHRAGA 1


Tarikh
7 Januari 2012
Hari
Sabtu
Masa
3.30 – 5.30 petang
Kehadiran Ahli
1.    Nor Farizah bt Jemadi
2.    Nor Saqina bt Azman
3.    Nabilah bt Nooh
4.    Muhammad Hazwan bin Nordin
5.    Mohamad Syamsul bin Roslee
6.    Luqman Fahmy bin Jami’an
7.    Muhamad Noor Ariff bin Ismat
8.    Muhammad Nizamuddin bin Hamdan
9.    Muhammad Aidil Fikri bin Sulaiman
Kehadiran Jurulatih/Pembimbing/Fasilitator
1.    Saudara
2.    Saudara
3.    Saudara
4.    Saudari
5.    Saudari
Kehadiran Guru Penasihat
1.    En Hashim bin A. Ghani
Pembelajaran Dalam Latihan :
1.           Silat Olahraga :Tepis, Tumbukan, Tendangan dan Jatuhan
2.           Asas Silat : Asas Tumbukan dan Kuda-Kuda
1.    Sesi Buka Gelanggang
2.    Warming-up
3.    Larian
4.    Silat Olahraga  (Ahli Lama)
5.    Asas Silat (Ahli Baru)
Hari ini join latihan Persatuan Silat Seni … tapi hanya pemantauan perjalanan latihan. Lama tak datang dalam latihan silat. Cuti sekolah  yang lepas, traning tetap ada tapi pada hari Jumaat.  Apabila sesi sekolah dah bukan semula, lathan diadakan pada hari Sabtu saja.

Friday, September 30, 2011

SALAM PERKENALAN ; MENGORAK LANGKAH KE GERBANG ICT


Assalammualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bertemu untuk pertama kalinya di alam siber. Pertamanya, dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), saya  merasakan kita bahang ledakan angit terbuka,. Cikgu merasakan gelombang siber ini perlu dieksploitasi semaksmimumnya untuk berkongsi sesuatu. Sekiranya kita tidak bersedia, gelombang ini juga akan merempuh kita akhirnya. Justeru itu, cikgu cuba memanfaatkan kebaikan alam siber ini dengan menghasilkan blog.
            Inilah bukanlah blog pertama saya. Sudah ada beberapa blog yang diterbitkan untuk menyuarakan pandangan dalam perspektif tertentu seperti politik, sosial dan sebagainya. Antara yang telah cikgu hasilkan ialah blog Unit Sukan SMK Semerah untuk melaporkan perkembangan, pembangunan dan berita mengenai hal sukan di SMK Semerah. Cikgu juga menghasilkan blog Kelab Sofbol untuk melaporkan aktiviti-aktiviti kelab dan pasukan sofbol SMK Semerah dan blog Sumpah Semerah Padi untuk memberikan pandangan dalam konteks politik negara.
Jadi ini adalah blog keempat yang cikgu hasilkan. Harapan saya dengan adanya blog ini, cikgu dapat berkongsi beberapa pandangan mengikut perspektif perguruan. Kepada semua pengunjung, cikgu  mengucapkan terima kasih atas kesudian para pengunjung melayari sesawang blog ini. Blog ini akan memaparkan apa sahaja aktiviti yang cikgu lakukan, sumbangsaran idea dan perkembangan semasa. Moga anda boleh memberi komen dan idea dalam meningkatkan kualiti blog ini. Terima kasih.